Operasi mengeluarkan puluhan mangsa yang masih terperangkap susulan runtuhan bangunan 21 tingkat, giat dijalankan di ibu kota komersil Nigeria, Lagos.

Setakat ini, sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam runtuhan itu. Jengkaut digunakan bagi mencari kemungkinan individu masih hidup di celah-celah runtuhan bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan ini.

Pegawai penyelamat berkata ramai pekerja berada di dalam bangunan ketika insiden berlaku.

Bagaimanapun pihaknya tidak dapat mengesahkan bilangan sebenar mangsa terperangkap. Seorang tukang batu berkata dianggarkan 50 pekerja bekerja ketika kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini