Seramai 27 mangsa dikhuatiri maut selepas kebakaran tercetus di tingkat empat sebuah bangunan di kawasan komersial di bandar Osaka. Menurut jabatan bomba dan penyelamat, rakaman menunjukkan puluhan anggota bomba serta penyelamat bertungkus lumus di lokasi insiden membabitkan bangunan setinggi lapan tingkat.

Media tempatan melaporkan, tingkat terbabit menempatkan sebuah klinik yang menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan penjagaan perubatan am. Seorang jurucakap polis Osaka memaklumkan, punca kejadian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sumber yang mendakwa kemungkinan berlaku serangan pembakaran dengan sengaja, berdasarkan keadaan di tempat kejadian.

Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Osaka memberitahu, seramai 27 daripada 28 mangsa yang cedera dalam kebakaran itu, didapati tidak bernyawa namun ia belum dapat disahkan. Kesemua mangsa terbabit dilaporkan sudah dibawa ke hospital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini