21 orang yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dua tingkat di Malatya, timur Turki, disahkan selamat. Kerajaan mengesahkan tiada kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan. Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 13 individu di bawah runtuhan manakala lapan lagi berjaya menyelamatkan diri mereka sendiri. Gabenor Malatya, Aydin Barus berkata, tujuh individu masih dirawat di hospital, dengan dua daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Saksi menyatakan kejadian berlaku ketika kerja mengubah suai dilakukan menyebabkan satu daripada dinding memisahkan dua restoran di tingkat bawah runtuh. Susulan itu, pemilik bangunan dan tiga orang yang menjalankan kerja pengubahsuaian ditahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini