12 laluan di seluruh Selangor yang dinaiki air susulan banjir masih ditutup kepada kenderaan.

Jumlah penutupan jalan sejak Sabtu lalu itu semakin kurang berbanding 71 laluan.. Ahad lalu.

Polis Selangor dalam kenyataan berkata, dua laluan masing-masing di dua IPD Petaling Jaya dan Kuala Selangor ditutup kepada kenderaan sehingga jam 4 pagi tadi.

Lokasi terlibat adalah Jambatan Jalan Menghala ke Lapang Sasar, Subang serta Jalan PJU 7, Hadapan MRT, Mutiara Damansara.

Turut ditutup..  Jalan Kuala Selangor-Meru dan Jalan Kuala Selangor-Bestari Jaya,.

Sementara itu, hanya satu laluan ditutup masing-masing di lapan kawasan pentadbiran I-P-D lain.

Ia termasuk  Jalan Jitu, Seksyen 25 Shah Alam dan Jalan Olak Lempit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bagi kawasan IPD Sepang pula, Jambatan FT 31 Dengkil-Banting ditutup kepada kenderaan dan IPD KLIA membabitkan Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield.

Satu laluan yang ditutup di IPD Subang Jaya adalah Lorong Ikan Haruan, Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, manakala Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra di bawah IPD Sungai Buloh.

Di bawah pentadbiran IPD Sabak Bernam pula, penutupan laluan di Jalan Sungai Panjang-Tanjung Malim.

Bagi IPD Hulu Selangor, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan saja. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini