Sekurang-kurangnya 16 kampung di Banten, Indonesia dinaiki air selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Ribuan penduduk di daerah terjejas telah dipindahkan kerana air banjir dilaporkan telah mencecah 40 hingga 150 sentimeter sehingga menenggelamkan lebih 1,000 rumah.

Jurucakap Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, Abdul Muhari meminta penduduk di kawasan terlibat untuk terus berwaspada jika hujan masih berterusan.

Ketika ini penduduk yang berada di kawasan sekitar sungai antara yang berisiko berdepan masalah hakisan tanah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini