23  sungai dikenal pasti berada pada paras bahaya dan amaran, setakat pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata daripada jumlah itu sebanyak 13 sungai berada pada paras bahaya iaitu sembilan di Pahang, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Selangor serta Johor.

10 sungai yang  berada pada paras amaran,adalah masing-masing  dua di Pahang, Kelantan, Melaka dan Sarawak.

Ini termasuk  masing-masing satu di Selangor dan Johor.

Keadaan itu jelas beliau berdasarkan laporan diterima daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 2.30 pagi tadi.

Banjir kebanyakan negeri makin pulih, bagaimanapun jumlah penduduk terjejas banjir  di Pahang dan  Negeri Sembilan meningkat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini