Banjir di Kedah.
 
31 penduduk terjejas di Daerah Kubang Pasu terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara, PPS Dewan Kampung Lahar selepas kediaman mereka dinaiki air, semalam. 

Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (Pertahanan Awam) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, hujan lebat pada petang semalam menyebabkan air naik
dengan cepat dan memasuki rumah penduduk di Kampung Lahar dan Kampung Paya Tok Keong.
 
Beberapa kawasan lain di Jalan Kodiang-Changlon turut dinaiki air.
 
Untuk rekod, ia merupakan PPS ke empat dibuka di Daerah Kubang Pasu dalam tempoh tiga hari sejak Jumaat lalu.
 
Bagaimanapun, tiga PPS lain iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Binjal dan PPS
Dewan Kampung Nongka telah ditutup pada Jumaat manakala PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang di Changlon ditutup semalam. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini