Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di Kedah setakat jam 4 petang tadi. Satu di daerah Kota Setar dan dua lagi di daerah Pendang, melibatkan 343 penduduk terjejas banjir daripada 91 buah keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam malaysia  APM Kedah Mejar (PA), Mohd Muaz Mohd Yusof berkata PPS yang masih dibuka di Kota Setar ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent  yang menempatkan 114 penduduk  daripada 28 keluarga.

Manakala di Pendang melibatkan PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah menempatkan 170 orang dan PPS Dewan Cenderawasih, 59 orang. Kebanyakan penduduk di kawasan lain dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi tadi setelah banjir mulai surut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini