Ops Murni yang dijalankan agensi-agensi kerajaan bagi membantu penduduk terjejas di kawasan banjir diteruskan.

Hampir 50 sukerelawan Kementerian Pertahanan terlibat dalam operasi berkenaan bergerak ke Bentong, Pahang, pagi tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz menyempurnakan Flag Off Misi Sukarelawan Banjir ini.

Misi dijayakan pegawai dan kakitangan kementerian serta  Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) yang diterajui Datin Sri Rafidah Latif.

Dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan tambahan RM5 juta diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi pembelian bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam persediaan menghadapi banjir gelombang kedua.

Kerajaan juga akan meneliti semula  keperluan membeli bot terutama kepada penduduk di tepi sungai atau sebaliknya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini