54 kematian akibat banjir direkodkan di seluruh negara, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Manakala dua individu dilaporkan masih hilang.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata Selangor kekal mencatatkan angka korban tertinggi iaitu seramai 25 orang, diikuti Pahang dengan 21 kematian.

Empat kematian pula dicatatkan di Kelantan, manakala tiga orang di Sabah dan satu kematian di Negeri Sembilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini