Ribut monsun di Bangladesh dan India sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 59 nyawa.

Banjir besar menyebabkan jutaan penduduk terkandas.

Banjir menjadi ancaman biasa kepada berjuta-juta penduduk di dataran rendah di Bangladesh.

Namun, pakar berpendapat perubahan iklim meningkatkan kekerapan selain ketidakpastian cuaca sejak kebelakangan ini.

Hujan tanpa henti menyebabkan sebahagian besar kawasan timur laut ditenggelami banjir.

Anggota tentera dikerah bagi menyelamatkan penduduk terjejas.

Kini, ratusan bilik darjah digunakan sebagai tempat perlindungan sementara.

Pihak berkuasa memaklumkan, 21 daripada 41 mangsa maut akibat dipanah petir susulan ribut monsun sejak petang kelmarin.

Antara mangsa yang dipanah petir termasuk tiga kanak-kanak berusia antara 12 dan 14 tahun di bandar terpencil, Nandail. Sementara itu, banjir di Meghalaya, India meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini