731 peruncit, pemborong dan pengilang di seluruh negara dilantik menyelia bekalan barang keperluan asas bagi menghadapi banjir.
 
Semua entiti itu diberi kebenaran menyimpan tambahan 30 peratus kuota bekalan makanan dan keperluan asas untuk musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, 428 daripada mereka merupakan peruncit, 299 lagi pemborong dan empat pengilang.
 
Pemilihan dibuat bagi mengelak penduduk terlibat tidak terputus bekalan.

Orang ramai dinasihat tidak melakukan pembelian panik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini