39,255 daripada ketua isi rumah terlibat banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000.

Data setakat tengah hari tadi adalah bersamaan 79.5 peratus daripada keseluruhan penerima ketua isi rumah yang terlibat iaitu 49,394.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan di Twitter berkata, mereka yang masih belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI  sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Disember lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini