8,330 ahli Komuniti Rukun Tetangga (KRT) bersiap sedia untuk digerakkan di kawasan-kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, mereka bersedia membantu proses pembersihan kediaman atau premis pasca banjir.

Tambah beliau, ahli KRT juga akan membuka dapur komuniti, bagi menyediakan makanan kepada penduduk terjejas. 

Di Johor, seramai 800 ahli bersedia digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas di Johor bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir. 

Beliau berkata demikian selepas melawat penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Mawai, Kota Tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini