Agrobank bersama Pertubuhan Peladang Kawasan, PPK Hulu Langat menjalankan misi bantuan banjir bagi membantu penduduk terjejas.

Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Aminuddin Amenon memaklumkan, ia sebagai usaha meringankan beban masyarakat setempat selain mengenalpasti pelanggan Agrobank yang memerlukan bantuan di kawasan terjejas. 

Jelasnya, Agrobank sebelum ini mengumumkan pelan bantuan banjir merangkumi tawaran moratorium sehingga enam bulan dan penjadualan semula pembiayaan.

Keutamaan bagi pelanggan yang hilang punca pendapatan atau projek mereka musnah akibat banjir. 

Setakat ini, 50 pelanggan Agrobank dikenalpasti terjejas akibat banjir di kawasan Hulu Langat.

Pelanggan terkesan, disaran tampil ke cawangan terdekat bagi mendapatkan bantuan yang ditawarkan atau hubungi talian khidmat pelanggan seperti tertera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini