Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)  memperuntukkan bantuan permulaan sebanyak RM1,000,000 untuk koperasi-koperasi yang terjejas akibat banjir, dengan peruntukan RM30,000 maksimum bagi setiap koperasi yang layak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata bantuan itu tidak terhad untuk premis koperasi yang terjejas akibat banjir sahaja, tetapi juga untuk membiayai kerosakan dan kerugian prasarana di tapak pertanian, perladangan dan penternakan yang diusahakan oleh koperasi yang terjejas.

Beliau turut mengumumkan insentif pengurangan pemindahan Kumpulan Wang Rezab Statutori (KWRS) untuk koperasi daripada 15 peratus kepada lapan peratus daripada untung bersih teraudit selepas pelarasan operasi.

Pengurangan itu boleh dimanfaatkan untuk memulihkan perniagaan koperasi yang terjejas.

SKM turut membenarkan koperasi di negeri-negeri yang terjejas banjir untuk menangguhkan pengauditan akaun koperasi disebabkan kemusnahan dokumen perakaunan akibat bencana itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini