Banjir di Bolivia.

Berpuluh buah rumah penduduk kini terancam menunggu masa untuk runtuh.

Banjir besar di negara itu telah meragut sekurang-kurangnya lapan orang.

Di Alpacoma di pinggir bandar La Paz, kejadian tanah runtuh mengancam rumah yang kini menunggu masa untuk runtuh.

Penduduk tempatan mencari tempat perlindungan di sekolah berdekatan.

Mereka terpaksa keluar dari rumah kerana keadaan bahaya untuk berada di dalam rumah mereka.

Perkhidmatan Meteorologi dan Hidrologi Bolivia, SENAMHI mengeluarkan amaran jingga berikutan paras air yang meningkat terutamanya di wilayah Santa Cruz dan Cochabamba.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini