Sekurang-kurangnya 24 orang maut manakala hampir 77,000 penduduk hilang tempat tinggal di Brazil.

Angka korban banjir besar yang melanda Bahia di timur laut negara itu sejak bulan lalu merupakan bencana terbesar dalam sejarah negeri itu.

Anggota bomba Bahia kini memantau sekurang-kurangnya sepuluh empangan dengan risiko pecah di sungai yang berbeza dengan aliran melebihi paras normal.

Bahia, negeri yang mempunyai populasi 15 juta penduduk menghadapi banjir sejak beberapa minggu lalu, namun ia semakin buruk apabila dua empangan di bandar Jusiappe dan Itambe runtuh hingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Banyak rumah penduduk dan jalan utama di beberapa majlis perbandaran  ditenggelami banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak Khamis lalu.

Agensi keselamatan melaporkan, jumlah penduduk terjejas yang terpaksa meninggalkan kediaman menigkat dua kali ganda sejak Ahad lalu kepada 62,796 orang.

358 penduduk juga dilaporkan cedera dalam bencana banjir besar ini.

Kini, Paras air banjir mula surut di Sungai Cachoeira dan keadaan dijangka pulih dalam tempoh beberapa hari lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini