Banjir besar dijangka melanda selatan China berikutan hujan lebat dimana paras air naik tertinggi dalam tempoh satu abad.

Pihak berkuasa China mengeluarkan amaran banjir di lembangan Sungai Pearl dengan paras air melepasi rekod sejarah dan ibu kota wilayah Guangzhou bakal terjejas teruk.

Ratusan ribu penduduk dipindahkan termasuk di Guangdong, iaitu hab pembuatan dan logistik yang menempatkan ibu kota teknologi China, Shenzhen.

Kawasan berisiko di Guangdong diarah melaksana semua langkah perlu termasuk menggantung operasi kilang dan menutup sekolah.

Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan memaklumkan kerugian ekonomi secara langsung dianggarkan mencecah 1.7 bilion yuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini