Banjir besar yang melanda negara sejak Sabtu lalu, sehingga kini mengorbankan 27 nyawa, jumlah yang boleh dianggap paling tinggi sejak banjir besar pada 2014.

20 daripadanya di Selangor manakala tujuh orang lagi di Pahang.

Korban di Selangor melibatkan kawasan Taman Sri Muda, Kajang, Sungai Buloh dan Klang.

Manakala di Pahang membabitkan dua di Kuantan dan lima lagi di Bentong.

Pada 2014, banjir besar yang melanda lima negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor mengorbankan 21 nyawa dan 10 lagi dilapor hilang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini