Polis bercadang untuk mendapatkan lima buah bot bagi setiap Ibu Pejabat Daerah (IPD) seluruh negara.

Peletakan aset dibuat bagi membolehkan agensi itu bertindak pantas sekiranya berlaku bencana banjir.

Ketika ini, aset pasukan daripada pelbagai jabatan polis sudah digerakkan.

PDRM telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai penugasan tindak balas bencana dalam jawatankuasa pasukan petugas khas operasi dan pasca bencana yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Penugasan itu meliputi sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini