Sebanyak 200 lokasi panas banjir seluruh negara dikenalpasti, kata Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan.

Ia termasuk beberapa lokasi baharu, antaranya Maran, Kuala Lipis dan Kota Tinggi.

Pihaknya terus berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang bencana sejak September lalu.

Persediaan dilakukan secara menyeluruh termasuklah dari segi logistik darat, laut dan udara.

Tambahnya cuti 12,500 anggota dan pegawai bomba turut dibekukan, sebagai persediaan menghadapi banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini