Hujan lebat melanda Colombia menyebabkan berlaku limpahan sungai dan beberapa lebuh raya dilanda banjir.

Dalam kejadian di Medellin, banjir mengakibatkan jalan-jalan utama di bandar yang terletak di barat laut negara itu ditutup.

Banjir yang turut menghanyutkan puluhan kenderaan, serpihan kediaman, batu bata telah menghalang laluan masuk ke bandar itu.

Kejadian juga menyebabkan 80 rumah rosak dan tujuh individu cedera namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Satu mesyuarat khas pengurusan risiko bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu penduduk terjejas diadakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini