Sekurang-kurangnya 59 orang maut dalam ribut monsun yang melanda Bangladesh dan India serta mengakibatkan banjir besar sehingga jutaan lain terkandas.

Hujan lebat tanpa henti sepanjang minggu lalu menenggelamkan kawasan di timur laut Bangladesh termasuk lapangan terbang antarabangsa ketiga terbesar negara itu di Sylhet.

Petir akibat ribut itu juga membunuh sekurang-kurangnya 21 orang termasuk tiga kanak-kanak sejak petang Jumaat lalu. Sementara itu, 16 orang terbunuh sejak Khamis lalu di kawasan pedalaman India, Meghalaya, manakala di Assam, lebih 2.6 juta orang terjejas akibat banjir.

Seramai 18 orang terbunuh dalam banjir atau tanah runtuh di seluruh negeri itu sejak Khamis lalu dengan hampir 7,500 orang diselamatkan semalam menjelang tengah hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini