Beberapa jalan di Segamat, Johor, ditutup kepada semua jenis kenderaan, bermula sepuluh pagi tadi, selepas dinaiki air, susulan hujan berterusan.

Ia melibatkan, kawasan berhampiran Kampung Sungai Loy, dan Kampung Bukit Tempurung.

Exco Kerjaraya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohd Solihan Badri memaklumkan, Jalan JABI Kampung Bukit Tempurong, dinaiki air sedalam 0.5 meter, ditutup sementara.

Manakala Jalan Bangas, yang dinaiki air 0.6 meter turut ditutup sementara, dan pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Kuala Paya Balai Badang, untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Pemantauan dari semasa ke semasa akan diteruskan. Sebarang maklumat akan disalurkan segera oleh Jabatan Kerja Raya dan pihak konsesi jalan negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini