Situasi banjir di Johor. Setakat tiga petang, jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 96 berbanding 136 orang tengahari tadi. Sekretariat jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru berkata, dua pusat pemindahan sementara, PPS masih dibuka.

63 penduduk terjejas daripada 17 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai. Manakala jumlah penduduk terjejas di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan, SJK Kuo Kuang, kekal 33 orang. Pemantauan masih diteruskan dan keadaan cuaca dilaporkan baik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini