Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian, setakaT pukul lapan pagi tadi.

PPS tersebut menempatkan 25 penduduk terjejas, melibatkan lapan keluarga dari Kampung Paya Embun dan Kampung Sri Gambut.

Menerusi kenyataan Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian, sehingga kini keadaan cuaca di kawasan terlibat cerah dan tiada hujan.
 
Beberapa agensi terlibat di PPS tersebut termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA serta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan urusan penduduk terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini