Kerajaan British Columbia menghadkan penggunaan bahan api dan perjalanan kenderaan susulan bencana banjir di wilayah itu.

Taburan hujan luar biasa mengakibatkan kejadian tanah runtuh sehingga merosakkan infrastruktur serta jalan raya.

Manakala saluran paip minyak Trans Mountain terpaksa ditutup sementara.

Susulan itu, individu tidak lagi dibenar membeli lebih daripada 30 liter bahan api di stesen minyak.

Pasukan tentera pula sedang bertungkus lumus di beberapa kawasan wilayah itu,.

Antaranya membersihkan jalan raya yang terjejas serta membina tambak baharu .

Sepanjang tempoh beberapa bulan lalu, kawasan pantai Pasifik di Kanada dilanda pelbagai bencana alam.

Antaranya cuaca panas melampau pada akhir Jun dan kebakaran hutan yang besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini