Di barat Kanada, jumlah kematian akibat banjir meningkat kepada empat orang, manakala seorang lagi masih hilang.

Hujan lebat melanda minggu lalu menyebabkan banjir, tanah runtuh, jalanraya dan jambatan rosak serta memaksa ribuan penduduk berpindah.

Polis Diraja Kanada mengesahkan pada hari Sabtu bahawa mayat tiga lelaki yang disenaraikan sebelum ini sebagai hilang kini ditemui berhampiran Tasik Duffey, timur laut Vancouver.

Manakala mayat seorang wanita ditemui pada Isnin, dihanyutkan banjir lumpur berhampiran lebuh raya.

Walaubagaimanapun, dua daripada tiga lebuh raya ke Vancouver dibuka semula untuk perjalanan penting, namun lebuh raya utama Trans-Kanada di timur bandar berhampiran Chilliwack masih ditenggelami banjir.

Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mencatu bahan bakar dan menggesa penduduk tidak menyimpan stok makanan ketika wilayah itu bergelut dengan masalah bekalan.

Menurut Environment Canada pula, sesetengah kawasan dijangka bersalji pada Isnin dan Selasa hingga mencapai 25 hingga 30 sentimeter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini