Perkembangan banjir di Kedah.

Sehingga 4 petang, 850 penduduk terjejas banjir daripada 239 keluarga pindahkan ke 12 Pusat  Pemindahan Sementara, PPS.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan, di Kota Setar sahaja enam PPS dibuka.

PPS berkenaan di SK Convent, SK Titi Gajah, SK Langgar, SK Suka Menanti, SK Darul Hikmah dan SK Haji Wahab yang menempatkan 409 penduduk terjejas daripada 124 keluarga.

Di daerah Pendang , 2 PPS masih kekal aktif menempatkan 76 keluarga melibatkan 293 penduduk terjejas.

PPS berkenaan di dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih.

Di Pokok Sena, jumlahnya masih sama seperti pagi tadi iaitu 14 keluarga melibatkan 47 penduduk masih di tempatkan di dua di PPS.

Mereka ditempatkan di Surau Kampung Permatang Limau dan SK Tualang.

Manakala di Kubang Pasu, 2 PPS masih dibuka iaitu di SK Dewan Kampung Tradisi Lembah keriang dan SK Malau menempatkan 100 penduduk daripada 25 keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini