Beralih ke perkembangan banjir.

Di Kedah, jumlah penduduk terjejas menurun kepada 247 orang daripada 65 keluarga pagi tadi berbanding 256 individu daripada 68 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata empat pusat pemindahan sementara PPS masih aktif di daerah Pendang dan Kubang Pasu.

Keadaan cuaca baik semalam membolehkan mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing selepas air surut.

Bagaimanapun cuaca pagi tadi dilihat kembali mendung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini