Perkembangan banjir di Kedah.

Setakat pukul 11 pagi tadi, jumlah penduduk yang dipindahkan ke 13 Pusat Pemindahan Sementara, PPS meningkat kepada 754 orang berbanding 735 orang tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan, dua daerah mencatat peningkatan iaitu Kota Setar dan Kubang Pasu.

Kota Setar meningkat kepada 272 orang berbanding 269 orang, tengah malam tadi.

Manakala Kubang Pasu meningkat kepada 141 penduduk berbanding 119 penduduk sebelumnya.

Sementara itu, Daerah Pendang mencatat pengurangan jumlah penduduk yang ditempatkan di 2 PPS iaitu 292 orang berbanding 298 orang sebelumnya.

Manakala Daerah Baling dan Pokok Sena tidak merekodkan sebarang pertambahan penduduk dengan masing-masing kekal mencatat 15 dan 24 orang penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini