Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu,Bandar Baharu, Kedah yang menempatkan 23 penduduk daripada 11 keluarga ditutup pukul 2 petang tadi.

Menurut Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan Pertahanan Awam Abdul Rahim Khairuddin, berdasarkan pemantauan aliran air sungai berdekatan bergerak perlahan sejak pagi tadi dan air sungai berada pada paras normal.

Susulan kejadian banjir kilat itu, tinjauan dilakukan oleh pegawai dari Jabatan Pengairan dan saliran bersama penduduk ke rumah pam Permatang Pasir yang berlaku limpahan air semalam.

Hujan lebat luar biasa selama sejam petang semalam menyebabkan limpahan air serta saliran parit tersumbat di 51 buah rumah di Kampung Parit Nibong, Kampung Asam Kumbang, Taman Cahaya Nilam dan kawasan sekitar Sungai Tepus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini