Ini perkembangan banjir di Kelantan.
Menurut InfoBencanaJKM, 12 PPS dibuka, setakat pukul 3 petang tadi.
Ia membabitkan 3,735 penduduk daripada 1,164 keluarga.
Orang ramai yang berada di PPS, diminta patuh dengan arahan pihak berkuasa, untuk mengelakkan penularan COVID-19, lebih-lebih lagi varian Omicron yang pantas menjangkiti orang lain.