Perkembangan terkini banjir di Kelantan. Empat daerah iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan melanda negeri itu sejak semalam. Menurut portal info banjir JKM, Sehingga 4 petang, lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka membabitkan 542 penduduk terjejas daripada 107 Keluarga.

Gua Musang paling ramai dipindahkan iaitu 380 orang yang kini berlindung di dua PPS iaitu SK Felda Chiku dan SK Limau Kasturi 1. Manakala empat lagi PPS dibuka di Kuala Krai Yang menempatkan 73 penduduk daripada 18 keluarga. Ini termasuk SMK Kuala Krai, Pejabat Veterinar, SK Sg Embak dan SK Chenulang.

Satu PPS masing-masing di Jeli dan Tanah Merah dibuka hari ini  iaitu SK Kuala Balah Yang menempatkan 24 penduduk daripada lapan keluarga dan SK Kelewek dengan lapan penduduk daripada dua keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini