Situasi banjir di Kelantan semakin buruk.

40 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka membabitkan lima daerah. 

Setakat 12 tengahari tadi, Jumlah penduduk dipindahkan mencecah 3,973 orang daripada 1,429 Keluarga.

Menurut portal info banjir JKM, Pasir Puteh antara daerah terbaharu dilanda banjir.

Empat PPS dibuka di daerah itu membabitkan 112 penduduk daripada 30 keluarga. 
 
12 PPS dibuka di Pasir Mas melibatkan 2,755 penduduk daripada 1,121 keluarga, menjadikan daerah itu paling teruk terjejas setakat ini.
 
9 PPS di buka di Kuala Krai melibatkan 458 penduduk daripada 131 keluarga.

Di Tanah Merah, 9 PPS dibuka melibatkan 353 penduduk daripada 84 keluarga.
 
Di Jeli, banjir sedikit surut namun empat PPS masih dibuka membabitkan 268 penduduk daripada 64 keluarga.
 
Portal info banjir JPS melaporkan, tiga sungai utama mencatat bacaan air sungai melebihi paras bahaya.

Termasuk Sungai Kampung Temangan Machang, Sungai Lanas di Air Lanas Jeli dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini