Hari kedua banjir di Terengganu menyaksikan peningkatan mendadak jumlah penduduk terjejas kepada 2,525 orang daripada 712 keluarga pagi ini berbanding 1,237 orang daripada 339 keluarga malam tadi.

Peningkatan itu susulan penambahan 29 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ketika ini ialah sebanyak 51 buah di lima daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Terengganu dengan 69 individu daripada 24 keluarga ditempatkan di empat PPS ketika ini.

Sementara itu, semua bilik gerakan banjir di bawah Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) setiap jajahan di Kelantan telah diaktifkan dan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana banjir kali ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia turut melibatkan kerjasama agensi lain seperti pasukan keselamatan, wakil-wakil rakyat termasuk sukarelawan.

Setakat 2 petang ini, jumlah penduduk terjejas terus meningkat.

Seramai 1,554 orang kini berlindung di 28 Pusat Pemindahan Sementara melibatkan Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini