188 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Mereka merupakan penduduk tiga negeri yang terlibat bencana berkenaan.

Menurut portal bencana NADMA, setakat lapan pagi tadi, Melaka kekal merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 115 orang. 35 keluarga terbabit merupakan penduduk Alor Gajah dan Jasin yang tumpang berteduh di empat PPS. Di Selangor pula, 55 penduduk daripada 15 keluarga di Sepang ditempatkan tiga PPS.

PPS yang beroperasi adalah Balai MPKK Kampung Giching, Sekolah Rendah Agama Kampung Giching dan Sekolah Rendah Agama Kampung Labu Lanjut. Manakala di Perak, 18 penduduk masih berada di sebuah PPS. Lima keluarga berkenaan menjadikan PPS Sekolah Kebangsaan Matang sebagai tempat berlindung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini