Banjir di Melaka dan Johor pulih sepenuhnya.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup.

PPS terakhir iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal ditutup sepenuhnya pukul 12 tengah hari ini.

PPS lain sudah ditutup sejak jam 2 petang semalam.

Manakala Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor, ditutup sembilan pagi tadi, dan
semua penduduk terjejas telah pulang ke kediaman masing masing.

PPS terlibat, Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian, yang sebelum ini menempatkan 18 penduduk terjejas, daripada empat keluarga.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R.Vidyanathan memaklumkan, PPS dibuka susulan banjir kilat yang melanda kawasan Kampung Paya Embun, kelmarin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini