Di Melaka sehingga jam 4 petang, jumlah penduduk terjejas banjir turun kepada 149 penduduk terjejas daripada 38 keluarga.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, kesemua mereka ditempatkan di 3 Pusat Pemindahan Sementara PPS yang dibuka di daerah Alor Gajah sejak malam tadi.

PPS Sekolah kebangsaan Durian Tunggal kekal menempatkan seramai 26 penduduk terjejas banjir, PPS SJKC Sin Wah 76 penduduk terjejas dan PPS Dewan Japerun Durian Tunggal menempatkan 47 penduduk terjejas banjir.

Kawasan terjejas ialah Kampung Padang Keladi, Bukit Balai Durian Tunggal, Kampung Bukit Tambun, Pekan Durian Tunggal, Taman Murai Jaya dan Kampung Padang Kerbau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini