Jumlah penduduk terjejas banjir yang di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Serbaguna Membakut meningkat kepada 98 penduduk setakat pukul 10.30 pagi tadi. Ia membabitkan 36 keluarga dengan 53 dewasa dan 43 kanak-kanak . Menurut Pegawai Daerah Beaufort, Jupri Etok, paras air sungai Membakut mencatatkan penurunan 6.24 meter, namun masih pada paras amaran. Beliau meminta penduduk kampung sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta mengikut arahan berpindah sekiranya diminta berbuat demikian oleh pasukan penyelamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini