Tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jempol dan Tampin mengalami banjir kilat. Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman memaklumkan, setakat 12 tengah hari, lapan telah PPS dibuka.

Ia melibatkan DUA di daerah Jempol iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Palong 1 dan Balai Raya Kampung Baru Rompin, empat PPS di daerah Tampun iaitu SK Kampung Keru, Surau Kampung Gedong, Sekolah Agama Rakyat Felda 4 dan Dewan Semarak Air Kuning.

Di daerah Kuala Pilah pula sebanyak dua PPS dibuka iaitu di Dewan Desa Dangi dan Balai Raya Taman Fatimah. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air di beberapa sungai di tiga daerah tersebut juga mencatatkan trend menaik.

Antaranya Sungai Linggi, Sungai Muar, Sungai Serting, Sungai Muar, dan Sungai Gemencheh. Selain itu, di Port Dickson, Sungai Linggi dan Permatang Pasir juga menunjukkan paras air semakin naik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini