Banjir yang melanda Negeri Sembilan baru-baru ini bukan disebabkan aktiviti pembalakan. Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan tiada aktiviti pembalakan terutama di kawasan Jeram Toi dan Gunung Berembun.

Jelasnya, longgokan kayu yang hanyut di lokasi terjejas banjir merupakan kayu-kayu reput dibawa arus air.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kawasan eko-pelancongan Jeram Toi yang musnah akibat banjir akan dibangunkan semula secara berperingkat dengan peruntukan awal mencecah RM3 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini