Hujan lebat mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kuantan, Pahang mengalami banjir kilat. Susulan kejadian itu, dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini dibuka.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan, PPS Sekolah Kebangsaan Kempadang kini menempatkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 73 orang daripada 21 keluarga. Selain itu, seramai 9 orang daripada 2 keluarga pula ditempatkan di PPS SK Beserah

Sementara itu, terdapat kejadian pokok tumbang yang menghempap bahagian dapur sebuah kediaman di Kampung Jeram, Beserah, Kuantan, kira-kira pukul 5.58 pagi tadi. Seorang lelaki dan seorang wanita dikejarkan ke hospital, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini