Korban pertama akibat banjir direkodkan di Pahang. Mangsa ditemui lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus deras di Jalan Pulau Manis, Gambang, Kuantan.

Menurut Ketua Balai Bomba Taman Tas, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali mangsa dikenali sebagai M. Gunalan. Mangsa dilapor hanyut 12.40 tengah hari tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika dia sedang menghala ke arah Kuantan-Segamat. Mangsa kemudiannya cuba merentas banjir yang melimpahi jalan. Arus deras menyebabkan Gunalan dan motosikalnya hanyut sehingga ke kebun kelapa sawit berhampiran.

Mayat mangsa dijumpai sekitar 2.20 petang, kira-kira 200 meter dari lokasi hanyut. Ia diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah
siasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini