Banjir di Pahang semakin surut dengan 240 penduduk daripada 75 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 6 pagi ini.

Jumlah itu berkurang berbanding, seramai 364 penduduk daripada 104 keluarga pada 4 petang semalam.
 
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, kesemua mereka berada di 6 PPS yang masih dibuka.
 
Daerah yang masih terjejas ialah Maran, Pekan dan Rompin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini