Banjir di Perak menyaksikan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka menjadikan dua PPS aktif, setakat ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS Dewan Serbaguna Chikus dibuka malam tadi menempatkan 46 penduduk daripada 17 keluarga.  Mereka merupakan penduduk Kampung Belt, Kunci Air 12, Parit 4, 5, 6 dan 7 Chikus dalam mukim Sungai Manik. Sementara itu, PPS di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, menempatkan 99 penduduk daripada 31 keluarga.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini