Sehingga jam 2 petang ini, tiga Pusat Permindahan Sementara (PPS) dibuka di Arau, Perlis menempatkan 108 penduduk terjejas dari 27 keluarga. Pusat Permindahan Sementara (PPS) yang dibuka ialah Dewan Orang Ramai Kampung Kok Klang, Sekolah Kebangsaan Arau dan Masjid Kampung Banggol Sena.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,  Mohammad Hazam Ismail, mereka dipindahkan sejak jam 8 pagj tadi setelah kawasan berkenaan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Sehingga kini, Angkatan Pertahanan Awam, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RELA terus memantau keadaan banjir berikutan hujan masih turun sekitar Perlis dan air semakin naik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini