Sehingga jam 2.30 petang tadi, kesemua 45 penduduk terjejas banjir daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Arau dibenarkan pulang.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,  Mohammad Hazam Ismail berkata, Sekretariat Pengurusan Bencana mengisytiharkan PPS berkenaan ditutup setelah banjir surut sepenuhnya.

Ini berikutan cuaca yang cerah dan tiada hujan sejak semalam membolehkan kesemua mangsa untuk kembali ke kediaman masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini