Keadaan banjir di Samarinda Kalimantan Timur, mulai surut. Pihak berkuasa Indonesia berusaha menghantar bantuan kepada lebih 30-ribu penduduk yang terjejas banjir. Pihak berkuasa menyatakan bahawa banjir di Samarinda akibat hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Bengkuring melimpah sejak 6 Jun lalu. Banjir berlaku di Daerah Samarinda Utara, Daerah Sungai Pinang dan Daerah Bukit Pinang. Hingga kini banjir telah menyebabkan 35,684 orang terjejas teruk. Pihak berkuasa Indonesia telah menghantar bantuan logistik kepada penduduk yang terjejas di wilayah tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini